:: VieWeRs ::

Friday, August 12, 2011

right click & refresh your mind..

1.BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA

"AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU

AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH"
.

2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA

"AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU"

KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU.


3. JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA

"KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH"


4. JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA

"JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"

Thursday, August 11, 2011

wanita = pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.. walaupun dirinya tak tinggi melangit.. batangnya tak sebesar pepohon jati.

Wednesday, August 10, 2011

anda tidak lagi matang sekiranya…

1. Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedngkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

MyEm0.Com

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

MyEm0.Com

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

MyEm0.Com

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka Surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka Surat setahun.

5. Asyik terkenang wajah kekasihnya yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pula wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.

MyEm0.Com

6. Susah hati jika tidak menerima Surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahwa anda sendiri tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.

MyEm0.Com

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika menunaikan solat.

MyEm0.Com

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah ‘I Love You’ berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar!

MyEm0.Com

Tuesday, August 09, 2011

Muhasabah

Jam menunjukkan pukul 4.30, Mamat yg sedang khayal dengan World of Warcraftnya tersentak.
“Alamak, aku belum solat lagi ni. Asar masuk pukul 4.50″

Mamat bersegera mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat zuhrnya. Tiga minit bersolat terus dilipatnya sejadah dan terus menghadap komputer menyelesaikan misi World of Warcraft yg tak kunjung habis itu.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…” Perisian yg didownload dr IslamicFinder.com berbunyi menandakan waktu ‘Asr telah tiba.

“Allah!, tengah syok main ni lah benda alah ni nak berbunyi.” Mamat merungut didalam hatinya sambil mengecilkan suara azan maya itu lalu meneruskan ‘perjuangan’nya di’medan perang’.

Waktu ‘Asar hampir sampai kepenghujung dan ketika itulah Mamat tersedar yg solat ‘Asr masih belum ditunaikan lantas dia bergegas ke bilik air dan menunaikan solat ‘Asr…solat kali ini lebih ringkas dan cepat dr solat Zuhr tadi. Perut Mamat kosong kerana terlalu asyik bermain World of Warcraft sampai makan tengah hari tadi ditinggalkan.

Mamat ke dapur menyediakan makanan ‘Luncher’(Lunch + Dinner) dan pergi ke meja studi menyiapkan kerja sekolah yg ditangguh sejak minggu lepas lagi. Solat Maghrib kali ini disempurnakan ditengah waktu sebelum Mamat bergerak ke komputer untuk menyemak email yg diterima hari ini.

Setelah menyemak email, Mamat melayan kerenah kawan-kawan yg rindu ber‘chatting’ dengannya. Jam menunjukkan pukul 12 malam, Mamat yg terleka dengan chatting akhirnya bingkas dr kerusi, solat ‘Isya’ dan terus ke kamar.

“Buzz!, Buzz!” Jam loceng Mamat berbunyi pada jam 6.30 pagi. Waktu syuru’ pada jam 6.45. Mamat bersegara menunaikan solat Subuh dan aktiviti yg dilakukannya pada hari yg lepas diteruskan…

Beginilah kehidupan Mamat sehari-hari, solat tetap dikerjakan tetapi dihujung waktu, cepat dan ringkas. Begini jugakah jadual kehidupan kita sehari-hari?

Terlalu sibukkah kita sehinggakan tanggungjawab kita terhadap agama terpaksa di’nombor dua’kan?

Aku terfikir tentang perkara ni bila aku mendengar cerita dr rakan Libya aku tentang sikap para sahabat dlm mengerjakan ‘ibadah kerana Allah. Tak satu pun ‘ibadat yg dipandang enteng. Semuanya dikerjakan dengan penuh ikhlas dan penuh fokus kepada Yang Satu. Walau dalam sibuk bermu’amalat sekalipun, apabila mu’azzin melaungkan azan, segala urusan dihentikan dan semuanya, penjual dan pembeli, bergegas ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah.

Para sahabat sgt serius bila melibatkan ‘ibadat khusus. Kesemuanya bimbang kalau-kalau ‘ibadat tidak diterima. Tetapi fenomena sekarang sgt berbeza dengan zaman generasi-generasi terbaik umat manusia. Solat dikerjakan dengan bacaan yg sgt pantas sampaikan al-Fatihah boleh dihabiskan dlm satu nafas, gerakan yg sgt laju seakan-akan dikejar musuh, dan kekhusyukan yg hampir tiada kerana terlalu byk perkara lain yg difikirkan.

Kalau nak dibandingkan sifat solat kita dengan para sahabat memang jauh berbeza. Para sahabat risau kalau-kalau solat mereka tidak diterima, tapi kita risau solat melambatkan kita mengerjakan sesuatu. Kenapa begitu? Terlalu pentingkah dunia ini sehingga perintah Allah yg sepatutnya dijadikan keutamaan dipandang enteng?

Tidak pernahkah terlintas didalam pemikiran kita keberkatan itu hak milik Allah secara mutlak? Masa tidak akan panjang dan tidak akan pendek, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tetapi yg membezakan masa org yg ber’ibadat dengan tekun dan ikhlas dengan org yg ber’ibadat dengan sambil lewa adalah keberkatan. Masa akan sentiasa cukup bagi mereka yg Allah kurniakan keberkatan. Usahlah tergesa-gesa dan bersabarlah dalam mengerjakan ‘ibadah kepada Allah.

“Peringatan buat diri dan semua yg membaca”

Monday, August 08, 2011

family first

MyEm0.Com
da lme rse nye asy x update
bkn pe dpt blik umh mmg x lyn la lappy nie..
btw, hepy sgt cti lme kt umh

enrty ni just nk share smtg cute
penah x kowg pkir cmni??
Fri(END)
boyfri(END)
girlfri(END)
everything has an "END"

except

fam(ILY) --> it has "I LOVE YOU"