:: VieWeRs ::

Tuesday, January 18, 2011

PENTINGNYA WANITA DI SISI LELAKI

MyEm0.Com

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptakan begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya: ‘ jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka akan semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

“Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.”

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

6 comments:

youhazreenda said...

tp kdg2 lelaki tak menghargai kewujudan wanita di sisi mereka..
they take us for granted...
bila tkde, baru terhegeh2...kihkih ;D

amal syahirah yaakop said...

to haz:

hmm..
hope lelaki2 mula la menghargai wanita..
seperti mne sepatut nye..
lelaki septt nye jd pembimbing wanita..
"al-rijal qawamu 'alal an-nisaa'"

FATIN SYAFIQA said...

hurm fatin tak tau nak comment mcm mn. hehe

~dianakhairi~ said...

yup2.
same2 blaja jd soleh solehah.
suami isteri nasihat menasihati :)

baiki hubungan dgn Allah untuk dapat hubungan yg baik dgn isteri.

entri psl laki pompuan, kite ckp psl suami isteri.huhu

amal syahirah yaakop said...

to fatin:

tQ la sudi jgk leave komen wlpn xtw nk komen cmne.. hikhik..

amal syahirah yaakop said...

to diana:

maklum la awk kn da kawen..
nmpk sal suami istri je la..
doakn mal cpt smp jodoh jgk..
hee.. gatal kn??
xsbr nk kawen..