Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Antara kami....
Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari
Kekecewaan ......
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang
Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama
Dengannya....
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah
Patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan
Takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau
Takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini….
Ya Allah
Cukuplah engkau sahaja yang
Menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu
Yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan
Dan kemungkaran.....
Maka kurniakanlah aku seorang
Pasangan yang beriman....
Supaya aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan
Hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan
Yang soleh....
AMIN...
4 comments:
amin
jeng3 edit lagu doa sorg kekasih eh?
hehe..amin..amin...
alhamdulillah....Ya Allah, kurniakan aku seorang lelaki yang soleh...aku sanggup tinggalkan cinta haram semata2 untuk mendapat laki yg soleh...:)
harap2 kita sedar bahawa cinta tnpa muhrim adalah dilarang...^^ huhu, macam hukum karma taw...kalau kita tak kapel, Allah akan balas dgn jodoh yg setanding dgn kita...kalau pompuan baik2 dapat la laki yg baik2...kalau laki jahat, dapat pompuan jahat..^^
aminn...moga termakbul..
Post a Comment